Tuesday 31 July 2012

MAKANAN AWAL REGA PUYU ~ KELI SABAH | Blog Tutorial Ternakan Ikan Keli |

MAKANAN AWAL REGA PUYU ~ KELI SABAH | Blog Tutorial Ternakan Ikan Keli |

Cecair perahan bio untuk tanaman, ternakan dan rawatan air.


Bagaimana membuat perahan cecair bio untuk pertumbuhan tanaman yang mampu menghalang penyakit dan untuk membersihkan air.

Dengan cara memotong sayuran, buahan, batang pisang dsbnya.
·        Proses ini adalah untuk mengumpul effective micro-organism.
·        Potong halus bahan bahan tersebut sebanyak 3 kilo.



·        Ambil 1 kilo gula merah atau molasses


·        Capurkan 3 kilo bahan yang telah dipotong tadi dengan 1 kilo gula merah dalam satu bekas.

·        Peram campuran tadi dalam tong dan tutup rapat selama 2 minggu.



·        Lepas 2 minggu keluarkan dan tapis untuk ambil cecairnya.
·        Isikan dalam tong pelastik, tutup rapat dan simpan di tempat teduh.

Menggandakan perahan  cecair bio dan mengkulturkan effective micro-organisms.

·        Campur hingga rata.
1.     1 litre perahan cecair bio
2.     1 kilo gula merah.
3.     10 litre air.

·        Peram campuran tadi dalam tong selama 2 minggu.
·        Selepas 2 minggu masukan dalam tong dan tutup rapat.
·        Simpan dalam bilik atau tempat teduh.

Kegunaan perahan cecair bio.

·        Mereputkan bangkai, tanaman mati, telur nyamuk, kulat dsbnya.
·        Membersihkan air kotor dan busuk.
·        Jika dicampurkan 1 sudu besar cecair bio dengan 8 litre air ia boleh menyuburkan tanaman dan menyihatkan ternakan.
·        Tidak merbahaya kepada manusia.

·        Untuk rawatan air

o   1 Litre perahan cecair bio boleh merawat 10m persegi air.

Monday 30 July 2012

Cara cara membuat sendiri EM1, EM2, EM3 & EM4



EM adalah gabungan beneficial micro-organisms yang telah di majukan oleh Professor Teruo Higa di University of the Ryukyu Japan. Micro-organisms ini telah menyuburkan tanah, tanaman, air dan kesihatan manusia dengan cara mereputkan bahan bahan organik dalam tanah, menggunakan (fixing) nitrogen diudara dan menjadi makanan (feed) tanaman dan haiwan disamping melindungi nya daripada ancaman penyakit. Micro-organisms tersebut terdiri daripada primary yeast, pro-biotic atau photosynthetic bacteria dan lactic acid bacteria. EM boleh di beli tetapi agak mahal dan ia boleh dibuat (kultur) sendiri dengan perbelanjaan yang murah.
Di Asia EM telah diproses hingga menjadi 4 jenis EM(EM1, EM2, EM3 & EM4). Ia sangat berkesan bergantung kepada cara penggunaan. Disini aka ditunjukan cara cara membuat sendiri EM.
EM1 mengandungi :-
1.    Primary lactic acid bacteria(lactic acid produced in metabolism).
2.    Yeast.
3.    Photosynthetic bacteria.
Semua bacteria ini berada dalam nisbah yang ideal.
EM2 mengandungi lebih micro-organisms daripada EM1. Terdapat lebih daripada 10 jenis yang terdiri daripada 80 spesis. Micro-organisms ini ujud sebagai satu konsortium. Microbes yang ujud dalam EM2 adalah photosynthetic bacteria,fungi,yeasts atau molds dan sebagainya. EM2 dikultur dalam cecair dengan ph7 dan disampan pada ph 8.5. Populasi micro-organisms dalam cecair dianggarkan 1 billion cells/gram cecair.
EM2 mengandungi 90% bacteria photosynthesis dan bakinya adalah micro-organisms.EM3 dikultur dalam medium cecair dan disimpan pada ph 8.5. Populasi micro-organisms dalam cecair adalah 1 billion cells/gram cecair.
EM4 mengandungi 90% lactobacisslus spp. Dan micro-organisms yang mengasilkan lebih lactic acid. EM4 dikultur dalam medium cecair dengan kandungan ph 4.5. Populasi micro-organisms adalah sama saperti diatas. 1 billion cells/gram cecair.
Perbezaan diantar EM1, EM2, EM3 & EM4 kandungan micro-organisms dalamnya. Jenis yang terbanyak diguna di Asia bagi memajukan pertanian dan perikanan adalah EM4.
Bahan bahan yang diguna untuk mengkulturkan EM adalah :-
·         Sayuran yang dibuang, kekacang.
·         Kulit buahan saperti papaya, pisang, rambutan dsbnya.
·         Dedak padi.
·         Gula merah.
·         Air basuhan beras.
Cara cara
·         Masukan sayuran, kulit buahan dan dedak kedalam satu bekas(tong). Gaul supaya bercampur dan tutup rapat. Tutup rapat dan biar ia mereput selama seminggu. Bila ditutup pada awalnya bacteria jenis aerobic akan hidup dan memakan sisa sisa tadi dan mengeluarkan bau yang agak busuk. Akibat ditutup rapat bacteria aerobic akan kehabisan bekalan oxygen dan akan mati. Peranan seterusnya akan dimaikan oleh bacteria anerobic yang mampu hidup tanpa oxygen.
·         Lepas 1 minggu tapiskan bahan pepejal yang tinggal dan cecair kekuningan yang di dapati itu adalah EM1.
·         Cecair EM1 dicapur semula dengan sayuran, dan kulit buahan yang lain dan ditutp rapat sekali lagi.Selepas 1 minggu tapis untuk dapatkan cecairnya. Itu adalah EM2.
·         Cecair EM2 dicapur pula dengan dedak, air basuhan beras dan gula merah.
Nisbah campuran adalah saperti berikut
1 litre EM2 : 1 kilo gula merah : 10 litre air
·         Tutup rapat dan biarkan selama 1 minggu. Hasilnya adalah EM3
·         EM3 dibiarkan lagi selama 1 minggu lagi tanpa membuat apa dan hasilnya adalah EM4

Sunday 29 July 2012

Cara cara membuat sendiri EM1 enoculant


Effective micro-organisms  berkonsepkan kepada “Friendly Micro-organisms”. Menurut Teruo Higa terdapat lebihkurang 80 jenis micro-organisms dalam tiga kumpulan yang boleh mempengaruhi secara positif kepada proses pereputan bahan-bahan organic.
Tiga kumpulan yang dimaksudkan itu adalah:-
  1. Positive micro-organisms (regenerations)
  2. Negative micro-organisms(decompositions, degeneration)
  3. Opportunist micro-organisms.
Dalam semua medium(tanah,air,dan juga usus manusia) nisbah micro-organisms positive : micro-organisms negative sangat kritikal kerana micro-organisms opportunist menurut aliran(trend) untuk degenerate atau regenerate . Higa percaya bahawa kemungkinan ada untuk pengaruhi opportunist micro-organisms  mengikut trend positive micro-organisms dengan cara menampah(supplement) dengan positive micro-organisms.
Salah satu jenis positive micro-organisms ialah Lactobacillus.
Disini akan ditunjukan cara mudah mendapatkan Lactobacillus dan menternaknya(Culture).
Bahan-bahan
  1. ¼ cawan beras
  2. 1 jug berukuran 1 litre
  3. 1 cawan air.
  4. Penapis
  5. Susu
  6. 1 bekas berukuran 1 gal( 5 litre)
  7. Gula merah.
Cara cara membuat EM1 enoculant
  1. Masukan beras dan air kedalam jug berukuran 1 litre, tutup rapat dan goncang dengan kuat hingga air menjadi keruh. Buka tudung tapis dan buang beras. (boleh juga guna untuk masak nasi)
  2. Tutup jug (longer) dan simpan di tempat gelap selama 7 hari.
  3. Buang lapisan atas.
  4. Sukat air beras yang diperam dan campur susu dengan nisbah  1 : 10 (I air beras,10 susu). Didik dalam bekas 1 gal. selama 7 hari.
  5. Buang lapisan yang beku dan ambil cecair yang kekuningan. Ini adalah serum yang belum aktif.
  6. Masukan 2 sudu gula merah sebagai makanan kepada bacteria dan jika disimpan dalam peti ais ia boleh tahan hingga 6 bulan.
  7. Untuk aktivatekan aktiviti mikro-organism campurkan dengan air bersih dengan nisbah 1 : 20 (I em, 20 air) dan biarkan pada suhu bilik.
  8. Ia boleh digunakan kepada tanaman dengan cara siraman ke tanah atau semburan kedaun sebagai folier.


Wednesday 25 July 2012

Kandungan Effective-Microorganisms(EM) Dan Cara Ia Bertindak

Banyak telah perkatakan tentang Effective-Microorganisms(EM). Berikut dinyatakan dalam bentuk rajah untuk mudah difahami.










Monday 23 July 2012

Kandungan Micro-Organisms Dalam EM Dan Tindakannya.


  1. Photosynthetic bacteria (Rhodopseudomonas spp).
  • Photosynthetic atau phototropic bacteria adalah satu kumpulan bacteria yang saling menyokong antara satu dengan lain.Kumpulan bacteria ini mengabongkan bahan bahan berguna yang dikeluarkan oleh akar,bahan bahan organik/gas beracun(spt. hydrogen sulphide), dengan menggunakan cahaya matahari atau bahang panas daripada tanah sebagai sumber tenaganya. Bahan berguna (kepada tanaman) yang dikeluarkan oleh microbes ini termasuk amino acids, nucleic acids, bahan bahan bioactive dan gula yang semuanya menyumbang kepada kesuburan tanaman.
  • Hasil daripada metabolism(metabolites) micro-organisms ini di serap terus oleh tanaman dan bertindak  sebagai substrates (substrate is a molecule upon which an enzyme acts.) bagi menambah populasi beneficial microbes.Sebagai contoh, Vesicular Arbuscular (VA) mycorrhizae dalam irhizosphere (bahagian tanah yang sempit berhampiran dengan akar) akan bertambah kerana terdapat nitrogenous compounds (amino acids) yang di hasilkan (secreted) oleh phototropic bacteria. Sebagai balasan VA mycorrhizae mempercepatkan pencairan phosphates dalam tanah yang memudahkan pemgambilannya oleh tanaman. VA mycorrhizae boleh ujud bersama dengan Azotobactor dan Rhizobium yang mana akan menambahkan keupayaan tanaman memanfaatkan nitrogen dalam atmosfera.
     2. Lactic Acid Bacteria (Lactobacillus SPP)
  • Lactic acid bacteria mengeluarkan lactic acid dengan menggunakan gula dan carbohydrates lain yang di hasilkan oleh photosynthetic bacteria dan yeast. Lactic acid adalah sterilising compound yang memusnahkan micro-organism yang bahaya (harmful)  kepada tanaman dan membantu mempercepatkan pereputan (decomposition) bahan bahan organik. Lactic acid mempercepatkan penapaian (fermentation) dan pereputan (decomposition) bahan bahan seperti lignin dan cellulose dan dengan itu mengakibatkan ketiadaan akibat yang tidak diingini daripada bahan bahan organik yang tidak reput. (undicompose organic matter).
  • Lactic acid bacteria berkebolehan untuk menekan atau menghapuskan penyakit kepada tanaman yang dibawa oleh micro-organism saperti Fusarium  yang selalu dialami jika ladang itu mengamalkan tanaman berterusan. Dalam keadaan normal species bacteria saperti Fusarium melemahkan daya tahan tanaman dan mendedahkannya kepada penyakit, da populasi perosak saperti nematoda akan bertambah.
  • Penggunaan lactic acid bacteria mengurangkan populasi nematode dan mengawal merebaknya Fusarium yang mana akan menyumbang kepada alam sekitar yang sihat untuk tanaman.
     3. Yeast (Saccharomycess spp)

  • Yeasts mengabongkan (synthesise) bahan bahan berguna dan antimicrobial yang diperlukan oleh tanaman  daripada amino acids dan gula yang dihasilkan oleh photosynthetic bacteria, bahan organik dan akar tanaman.
  • Bahan bioactive saperti hormones dan enzymes yang dihasilkan oleh yeast mengaktifkan cell dan pertumbuhan akar tanaman.Amino acids dan gula yang dihasilkan oleh photosynthetic bacteria  juga merupakan bahan berguna untuk Effective Micro-organisms saperti Lactic acid bacteria dan Actinomycetes.
Species Effective Micro-organisms yang berbeza (Photosynthetic bacteria ,Lactic acid bacteria dan yeast) mempunyai fungsi atau peranan masing masing. Akan tetapi Photosynthetic bacteria adalah punca (pivot) kepada semua aktiviti EM.


Photosynthetic bacteria menyokong aktiviti micro-organism lain dalam EM. Tetapi Photosynthetic bacteria juga mengguna bahan bahan yang dihasikan oleh microbes lain. Fenomina ini di namakan sebagai "Co existence and Co prosperity".


Penambahan populasi EM diladang dengan cara menambah(application) EM, akan membiakan lagi EM yang sediada diladang. Microflora diladang akan membiak dengan banyaknya dan mengujudkan satu sistem microbial yang imbang.Dalam proses ini microbes tertentu (spesis yang jahat atau durjana pada tanaman) akan musnah dan akan mengurangkan penyakit microbial yang menyumbangkan kepada penyakit bawaan tanah. Dalam perkembangan ini EM mengekalkan proses symbiotic dengan akar tanaman diantara  rhizosphere.


Akar tanaman juga mengeluarkan bahan bahan saperti crbohydrates, amino acids, organic acids dan active enzymes.EM juga mengguna bahan bahan ini untuk pertumbuhannya. Dalam proses pertumbuhannya EM juga mengeluarkan amino acids,nucleic acids dan beberapa jenis vitamins dan hormones untuk digunakan oleh tanaman. Olehitu EM dirhizosphere saling ujud (co exist) dengan tanaman.


Tumbuhan tumbuh dengan amat subur diladang yang didominasi oleh EM. Rajah dibawah menerangkan segalanya dengan lebih nyata.