Saturday, 21 July 2012

Effective Microorganisms (EM) Dalam Pertanian

Effective Microorganisms (EM) telah dimajukan di University of the Ryukus Okinawa.Japan pada awal tahun 1980han oleh Professor Dr Teruo Higa. Beliau telah memajukan(developed) campuran beneficial microorganisms(microorganisms yang berguna) bagi membantu meningkatkan pengeluaran pertanian organik conventional.

Keputusan yang diperolehi amat membanggakan dan pengembangan prosess ini dikenali umum sebagai EM. Bermula dari International Kyusei Nature Farming conferences pada 1989 di Thailand, keperluan untuk mengesahkan tecnology microorganisms(EM) secara saintifik bagi menambahkan (enhance) penggunaan technology EM di rantau ini telah dibincangkan. Maka the Asia Pacific Natural Agriculture Network(APNAN) ditubuhkan.

Faedah penggunaan EM dalam pertanian memberi impak positif yang amat ketara. Bidang bidang yang banyak di selidiki dan diperkatakan adalah seperti berikut::-

  1. EM mempercepatkan percambahan benih (germination), pertumbuhan tanaman, pembungaan, , berbuah dan juga kemasakan (ripening).
  2. EM menambah keupayaan (enhances photosyntesis. photosynthetic capacity) pada tanaman.
  3. EM boleh menambah keberkesanan bahan organik sebagai baja. (efficacy of organic matter as fertilizer)
  4. EM membina ketahanan tanaman  terhadap serangga perosak dan penyakit.
  5. EM perbaiki keadaan fisikal, alam sekitar biology(biological environments) dan kandongan bahan kimia dalam tanah.
  6. EM menghalang(suppresses) penyakit dan serangga bawaan tanah.
Berdasarkan kepada faedah faedah diatas dalam kebanyakan situasi alam sekitar EM dapat mempertingkatkan hasil (yields) tanaman. EM juga memperbaiki struktur tanah(soil) bagi membolehkan pertumbuhan dan kesuburan tanaman berkekalan. Oleh itu penggunaan EM memberi faedah faedah berikut kepada pengguna :-

  1. Keperluan menambah EM berkurangan satelah masa berlalu kerana microbes boleh hidup dan membiak dengan sendiri. Pemberian (Application) EM membaiki tanah dan bila tanah menjadi mesra dengan microbes ia boleh membiak dengan sendiri. Oleh itu pemberian EM hanya perlu dilakukan sekali sekala sahaja bagi mengekalkan bilangan microbes.(To maintain microbes population.
  2. Keperluan menambah bahan organik diladang berkurangan dengan penggunaan EM. Bila EM digunakan bahan organik yang didapati daripada sisa tanaman dan tumbuhan liar di ladang mencukupi bagi mengekalkan kesuburan tanah di ladang.Dalam perladangan organic traditional sisa tanaman dibakar tetapi dengan penggunaan bokashi keatas sisa tanaman setahun sekali sudah mencukupi untuk mengekalkan kesucuran ladang.
  3. Penggunaan EM mengurangkan kebergantungan kepada buruh. Keperluan membajak(tillage) dan kawalan rumpai(weeding) berkurangan di ladang yang mengguna EM. Membajak seperti ploughing, rotovating, harrowing dsbnya di lakukan untuk menaikan nutrient dan moisture yang terdapat di lapisan bawah supaya dapat di gunakan oleh tanaman, tetapi perbuatan ini juga meggalakan pertumbuhan rumpai kerana benih rumpai yang terdapat di lapisan bawah tanah di dedahkan dan akan mencambah.
  4. Penggunaan EM diladang memperbaiki struktur dan biota tanah. Bahan bahan organik yang ada dan melalui EM akan mengeluarkan nutrients yang diperlukan oleh tanaman. Tetapi penggunaan EM pada permulaannya akan memberi masaalah pertumbuhan rumpai kerana EM akan menggalakan pertumbuhan rumpai bersama tanaman ladang. Sungguhpun begitu rumpai tersebut boleh pulak digunakan sebagai bahan organik. Lama kelamaan bekalan benih rumpai akan kehabisan dalam tanah dengan ketiadaan aktiviti pembajakan percambahan benih rumpai akan berkurangan.
  5. Kuatiti dan kualiti hasil tanaman akan bertambah baik dengan penggunaan EM.Persembahan hasil di pasaran akan jadi lebih menarik dan ia pulak tahan lebih lama. Secara langsung penggunaan EM akan menambahkan pendapatan petani.
  6. Ladang yang mengguna EM boleh mengamalkan perladangan yang berterusan kerana masa rehat ladang(Fallow periods) tidak lagi diperlukan. Jika tidak guna EM, ladang mesti direhatkan bertujuan untuk mengawal pembiakan penyakit. Bila EM menyumbang kepada kesuburan tanah amalan pelbagai tanaman (multiple croping) di satu ladang boleh diamalkan dan tidak hanya menumpu kepada amalan mono croping.
  7. Penggunaan EM diladang menghapuskan mengunaan agrochemicals yang mahal. Penggunaan agrochemicals akan mengsongsangkan(reverse) efek baik penggunaan EM. Kesuburan tanah yang kaya dengan fauna dan flora dan bahan organik akan musnah. Tanah ladang akan menjadi dangkal (barren), dan di penuhi oleh serangga perosak dan penyakit yang menuntut kepada penggunaan agrochemicals yang lebih dan sudah tentu akan membebankan petani dan mencemar alam sekitar.
  8. Em mempercepatkan pertumbuhan tanaman. Tanaman akan dapat dituai lebih awal dan mengurangkan kemungkinan di rosakan oleh serangga dan penyakit.
Kelebihan lain yang boleh diperolehi dengan penggunaan Em adalah seperti berikut :-

  1. EM menapai (ferments) bahan organik dan bukan merosakan. (deteriorate). Oleh itu dengan EM apa sahaja bahan organik bolehdigunakan untuk membuat kompos tanpa mengeluarkan aroma yang busuk.
  2. EM menjadikan pembuatan kompos lebih cepat.
  3. EM memperbanyakan kunatiti pengeluaran nutrients kepada tanaman.
  4. EM memusnahkan serangga  dan pembinasa yang merosakan tanaman( harmful inscts and pests), tetapi tidak memusnahkan organisms berguna.(beneficial organisms)
  5. EM mengakibatkan pertambahan kepada daya ketahanan tanaman dan ternakan.(internal immunity)
  6. EM boleh mengubah bahan buangan yang toxic kepada bahan yang lebih berguna, termasuk najis dan bahan buangan industri yang toxic.
  7. RM membantut proses karat dan menjimatkan gantian bahan mesin.



Monday, 16 July 2012

Pertanian dan microorganism.

Pengeluaran hasil pertanian bermula dengan proses photosynthesis yang di lakukan oleh tumbuihan. Proses photosynthesis memerlukan tenaga suria, air dan carbon dioxide. Semua bahan bahan ini boleh didapati dengan percuma. Oleh itu tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa hasil pertanian diujudkan daripada tidak ada apa apa.(production of something from nothing)

Tahap kecepan amalan pertanian kini adalah rendah disebabkan oleh kekurangan penggunaan tenaga suria. Anggaran potensi keupayaan tumbuhan pengguna tenaga suria adalah 10 -20%, tetapi tahan sebenar penggunaan tenaga suria kurang dari 1%

Kajian telah menunjukan bahawa kecekapan phothosyntesis melalui chloroplast oleh kebanyakan tanaman tidak boleh ditingkan lagi. Keadaan ini menunjukan bahawa pengeluaran biomass oleh tanaman ini telah mencapai tahap maksima.


Biomass Productivity
Biomass Productivity

Net biomass productivity is the difference between gross productivity (production of plant material by photosynthesis) and respiration. So long as the rate of production exceeds that of respiration, the plant will grow. Net productivity represents the amount of organic material produced by a plant. Net productivity is closely related to a number of environmental factors like climate, soils, and available nutrients. Net biomass production will be highest where there is an ample supply of moisture to meet the needs of plants. Biomass productivity is also high where soils are rich in nutrients and have a positive soil moisture balance. The figure below illustrates this well. With ample rainfall and sunlight, the tropical rain forest ranks the highest in terms of organic matter production.


Peluang terbaik untuk menambah pengeluaran biomass pada tanaman ialah dengan mengguna cahaya yang dapat dilihat tetapi tidak dapat diguna oleh chloroplast dan radiasi infra red dan cahaya jenis ini merupakan 80% daripada tenaga suria.

Dengan keujudan bahan organik, photosynthetic bacteria dan algae boleh guna wavelengths diantara 700 - 1200 nm. Tumbuhan hijau tidak guna wavelengths ini. Microbes penapaian (fermenting microbes) memecahkan bahan organik dan dalam proses ini ia melepaskan compounds yang sangat komplex seperti amino acids yang digunakan oleh tanaman.

Keujudan photosynthetic bacteria dalam bahan organik mengakibatkan tanaman  mendapat faedah yang lebih daripada bahan organik. Oleh itu punca menambah pengeluaran tanaman adalah keterdapatan (availability) bahan organik yang dihasilkan oleh tenaga suria dengan keujudan efficient microbes (EM) untuk mereputkan bahan organik. Inilah cara bagi menambahkan kecekapan penggunaan tenaga suria.


Friday, 13 July 2012

Pertanian Yang Ideal

Konsep pertanian yang ideal di praktikan di Kyusei Nature Farming. Prinsip prinsip yang di anjurkan melalui konsep ini adalah:-


  1. Pengeluaran bahan makan yang selamat dan bermutu untuk kesihatan manusia.
  2. Pembangunan ekonomi dan kerohanian untuk faedah pengeluar(petani) dan pengguna.
  3. Cara pengeluaran yang mudah dan berterusan yang boleh dilakukan oleh setiap orang
  4. Memelihara alam sekitar.
  5. Pengeluaran bahan makan yang mencukupi bagi menampung pertumbuhan penduduk.

Kyusei Nature Farming yang disarankan oleh Mokichi Okada bukan pertanian organik yang tradisional tetapi ia adalah cara hidup atau cara bertani yang mesra (harmonizes) dengan alam semula jadi.Oleh itu ia adalah satu proses yang hidup dan berterusan disamping mengadunkan semua komponen pertanian dan ecosystem untuk menyumbangkan bahan makanan yang bermutu kepada semua kehidupan dan proses ini berkekalan.(Tanpa henti)

Pertanian konvensional yang mengguna bahan kimia memberi hasil yang amat lumayan tetapi kesan buruk dirasakan oleh sektor pertanian dan alam sekitarnya. Berbeza pula dengan pertanian tradisional yang amat mesra alam tetapi tidak dapat menghasilkan makanan bermutu yang cukup. Oleh itu cara ini tidak sesuai untuk memenuhi tuntutan terhadap permintaan bahan makanan yang amat tinggi oleh manusia dan binatang ternakan.

Kyusei Nature Farming dengan menggunakan teknology microorganisms telah dapat mengabungkan kebaikan dari kedua jenis pertanian iaitu kebaikan daripada sistem konvensional dan tradisional. Tanpa menggunakan bahan kimia yamh mencemar ekosystem tetapi dapat memperolehi hasil tinggi yang berterusan disamping memelihara alam semula jadi.

Perbandingan antara Kyusei Nature Farming dengan pertanian sistem konvensional


Parameter
Pertanian Konvensional
Pertanian Tradisional
Kyusei Nature Farming Dengan RM
Hasil
Pertengahan - Tinggi
Rendah - Pertengahan
Pertengahan - Tinggi
Kualiti
Rendah - Pertengahan
Pertengahan - Tinggi
Pertengahan - Tinggi
Kos
Tinggi
Rendah
Rendah
Keracunan
Tinggi
Tiada
Tiada
Alam Sekitar
Rosak
Dilindungi
Dilindungi dan di baiki



Friday, 6 July 2012

Bertani cara organik

Banyak gesaan telah di buat oleh kerajaan dan badan badan bukan kerajaan supaya mengamalkan pertanian cara organik kerana banyak faedah dapat diperolehi dengan cara tersebut. Tetapi bagaimana????

Sekiranya hendak bertani cara organik dan meraih hasil yang tinggii penguunaan microorganism mesti dimanfaatkan. Pengeluaran hasil pertanian bermula dari proses photosintesis oleh tumbuhan, yang memerlukan tenaga solar, air dan carbon dioxida yang boleh didapati dengan percuma..Oleh itu pengeluaran hasil  pertanian boleh dikatakan sebagai pengeluaran sesuatu bermula daripada tidak ada apa apa.

Bila dipandang dari sudut ekonomi ia amat mudah, tetapi tahap kecekapan amalan pertanian pada hari ini amat lemah, kerana tahap pengunaan tenaga solar oleh tumbuhan amat rendah. Kajian menunjukan bahawa potensi pengunaan tenaga solar oleh tumbuhan adalah 10% hingga 20% tetapi tahap sebenar tidak sampai 1%.