Saturday, 21 July 2012

Effective Microorganisms (EM) Dalam Pertanian

Effective Microorganisms (EM) telah dimajukan di University of the Ryukus Okinawa.Japan pada awal tahun 1980han oleh Professor Dr Teruo Higa. Beliau telah memajukan(developed) campuran beneficial microorganisms(microorganisms yang berguna) bagi membantu meningkatkan pengeluaran pertanian organik conventional.

Keputusan yang diperolehi amat membanggakan dan pengembangan prosess ini dikenali umum sebagai EM. Bermula dari International Kyusei Nature Farming conferences pada 1989 di Thailand, keperluan untuk mengesahkan tecnology microorganisms(EM) secara saintifik bagi menambahkan (enhance) penggunaan technology EM di rantau ini telah dibincangkan. Maka the Asia Pacific Natural Agriculture Network(APNAN) ditubuhkan.

Faedah penggunaan EM dalam pertanian memberi impak positif yang amat ketara. Bidang bidang yang banyak di selidiki dan diperkatakan adalah seperti berikut::-

  1. EM mempercepatkan percambahan benih (germination), pertumbuhan tanaman, pembungaan, , berbuah dan juga kemasakan (ripening).
  2. EM menambah keupayaan (enhances photosyntesis. photosynthetic capacity) pada tanaman.
  3. EM boleh menambah keberkesanan bahan organik sebagai baja. (efficacy of organic matter as fertilizer)
  4. EM membina ketahanan tanaman  terhadap serangga perosak dan penyakit.
  5. EM perbaiki keadaan fisikal, alam sekitar biology(biological environments) dan kandongan bahan kimia dalam tanah.
  6. EM menghalang(suppresses) penyakit dan serangga bawaan tanah.
Berdasarkan kepada faedah faedah diatas dalam kebanyakan situasi alam sekitar EM dapat mempertingkatkan hasil (yields) tanaman. EM juga memperbaiki struktur tanah(soil) bagi membolehkan pertumbuhan dan kesuburan tanaman berkekalan. Oleh itu penggunaan EM memberi faedah faedah berikut kepada pengguna :-

  1. Keperluan menambah EM berkurangan satelah masa berlalu kerana microbes boleh hidup dan membiak dengan sendiri. Pemberian (Application) EM membaiki tanah dan bila tanah menjadi mesra dengan microbes ia boleh membiak dengan sendiri. Oleh itu pemberian EM hanya perlu dilakukan sekali sekala sahaja bagi mengekalkan bilangan microbes.(To maintain microbes population.
  2. Keperluan menambah bahan organik diladang berkurangan dengan penggunaan EM. Bila EM digunakan bahan organik yang didapati daripada sisa tanaman dan tumbuhan liar di ladang mencukupi bagi mengekalkan kesuburan tanah di ladang.Dalam perladangan organic traditional sisa tanaman dibakar tetapi dengan penggunaan bokashi keatas sisa tanaman setahun sekali sudah mencukupi untuk mengekalkan kesucuran ladang.
  3. Penggunaan EM mengurangkan kebergantungan kepada buruh. Keperluan membajak(tillage) dan kawalan rumpai(weeding) berkurangan di ladang yang mengguna EM. Membajak seperti ploughing, rotovating, harrowing dsbnya di lakukan untuk menaikan nutrient dan moisture yang terdapat di lapisan bawah supaya dapat di gunakan oleh tanaman, tetapi perbuatan ini juga meggalakan pertumbuhan rumpai kerana benih rumpai yang terdapat di lapisan bawah tanah di dedahkan dan akan mencambah.
  4. Penggunaan EM diladang memperbaiki struktur dan biota tanah. Bahan bahan organik yang ada dan melalui EM akan mengeluarkan nutrients yang diperlukan oleh tanaman. Tetapi penggunaan EM pada permulaannya akan memberi masaalah pertumbuhan rumpai kerana EM akan menggalakan pertumbuhan rumpai bersama tanaman ladang. Sungguhpun begitu rumpai tersebut boleh pulak digunakan sebagai bahan organik. Lama kelamaan bekalan benih rumpai akan kehabisan dalam tanah dengan ketiadaan aktiviti pembajakan percambahan benih rumpai akan berkurangan.
  5. Kuatiti dan kualiti hasil tanaman akan bertambah baik dengan penggunaan EM.Persembahan hasil di pasaran akan jadi lebih menarik dan ia pulak tahan lebih lama. Secara langsung penggunaan EM akan menambahkan pendapatan petani.
  6. Ladang yang mengguna EM boleh mengamalkan perladangan yang berterusan kerana masa rehat ladang(Fallow periods) tidak lagi diperlukan. Jika tidak guna EM, ladang mesti direhatkan bertujuan untuk mengawal pembiakan penyakit. Bila EM menyumbang kepada kesuburan tanah amalan pelbagai tanaman (multiple croping) di satu ladang boleh diamalkan dan tidak hanya menumpu kepada amalan mono croping.
  7. Penggunaan EM diladang menghapuskan mengunaan agrochemicals yang mahal. Penggunaan agrochemicals akan mengsongsangkan(reverse) efek baik penggunaan EM. Kesuburan tanah yang kaya dengan fauna dan flora dan bahan organik akan musnah. Tanah ladang akan menjadi dangkal (barren), dan di penuhi oleh serangga perosak dan penyakit yang menuntut kepada penggunaan agrochemicals yang lebih dan sudah tentu akan membebankan petani dan mencemar alam sekitar.
  8. Em mempercepatkan pertumbuhan tanaman. Tanaman akan dapat dituai lebih awal dan mengurangkan kemungkinan di rosakan oleh serangga dan penyakit.
Kelebihan lain yang boleh diperolehi dengan penggunaan Em adalah seperti berikut :-

  1. EM menapai (ferments) bahan organik dan bukan merosakan. (deteriorate). Oleh itu dengan EM apa sahaja bahan organik bolehdigunakan untuk membuat kompos tanpa mengeluarkan aroma yang busuk.
  2. EM menjadikan pembuatan kompos lebih cepat.
  3. EM memperbanyakan kunatiti pengeluaran nutrients kepada tanaman.
  4. EM memusnahkan serangga  dan pembinasa yang merosakan tanaman( harmful inscts and pests), tetapi tidak memusnahkan organisms berguna.(beneficial organisms)
  5. EM mengakibatkan pertambahan kepada daya ketahanan tanaman dan ternakan.(internal immunity)
  6. EM boleh mengubah bahan buangan yang toxic kepada bahan yang lebih berguna, termasuk najis dan bahan buangan industri yang toxic.
  7. RM membantut proses karat dan menjimatkan gantian bahan mesin.



4 comments:

  1. Info yang sangat berguna. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Info yang sangat berguna. Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Info yg sgt baik dan berguna. Mohon kongsikan teknik pembuatan EM. Terima kasih

    ReplyDelete