Friday, 13 July 2012

Pertanian Yang Ideal

Konsep pertanian yang ideal di praktikan di Kyusei Nature Farming. Prinsip prinsip yang di anjurkan melalui konsep ini adalah:-


  1. Pengeluaran bahan makan yang selamat dan bermutu untuk kesihatan manusia.
  2. Pembangunan ekonomi dan kerohanian untuk faedah pengeluar(petani) dan pengguna.
  3. Cara pengeluaran yang mudah dan berterusan yang boleh dilakukan oleh setiap orang
  4. Memelihara alam sekitar.
  5. Pengeluaran bahan makan yang mencukupi bagi menampung pertumbuhan penduduk.

Kyusei Nature Farming yang disarankan oleh Mokichi Okada bukan pertanian organik yang tradisional tetapi ia adalah cara hidup atau cara bertani yang mesra (harmonizes) dengan alam semula jadi.Oleh itu ia adalah satu proses yang hidup dan berterusan disamping mengadunkan semua komponen pertanian dan ecosystem untuk menyumbangkan bahan makanan yang bermutu kepada semua kehidupan dan proses ini berkekalan.(Tanpa henti)

Pertanian konvensional yang mengguna bahan kimia memberi hasil yang amat lumayan tetapi kesan buruk dirasakan oleh sektor pertanian dan alam sekitarnya. Berbeza pula dengan pertanian tradisional yang amat mesra alam tetapi tidak dapat menghasilkan makanan bermutu yang cukup. Oleh itu cara ini tidak sesuai untuk memenuhi tuntutan terhadap permintaan bahan makanan yang amat tinggi oleh manusia dan binatang ternakan.

Kyusei Nature Farming dengan menggunakan teknology microorganisms telah dapat mengabungkan kebaikan dari kedua jenis pertanian iaitu kebaikan daripada sistem konvensional dan tradisional. Tanpa menggunakan bahan kimia yamh mencemar ekosystem tetapi dapat memperolehi hasil tinggi yang berterusan disamping memelihara alam semula jadi.

Perbandingan antara Kyusei Nature Farming dengan pertanian sistem konvensional


Parameter
Pertanian Konvensional
Pertanian Tradisional
Kyusei Nature Farming Dengan RM
Hasil
Pertengahan - Tinggi
Rendah - Pertengahan
Pertengahan - Tinggi
Kualiti
Rendah - Pertengahan
Pertengahan - Tinggi
Pertengahan - Tinggi
Kos
Tinggi
Rendah
Rendah
Keracunan
Tinggi
Tiada
Tiada
Alam Sekitar
Rosak
Dilindungi
Dilindungi dan di baiki



No comments:

Post a Comment