Monday, 30 July 2012

Cara cara membuat sendiri EM1, EM2, EM3 & EM4



EM adalah gabungan beneficial micro-organisms yang telah di majukan oleh Professor Teruo Higa di University of the Ryukyu Japan. Micro-organisms ini telah menyuburkan tanah, tanaman, air dan kesihatan manusia dengan cara mereputkan bahan bahan organik dalam tanah, menggunakan (fixing) nitrogen diudara dan menjadi makanan (feed) tanaman dan haiwan disamping melindungi nya daripada ancaman penyakit. Micro-organisms tersebut terdiri daripada primary yeast, pro-biotic atau photosynthetic bacteria dan lactic acid bacteria. EM boleh di beli tetapi agak mahal dan ia boleh dibuat (kultur) sendiri dengan perbelanjaan yang murah.
Di Asia EM telah diproses hingga menjadi 4 jenis EM(EM1, EM2, EM3 & EM4). Ia sangat berkesan bergantung kepada cara penggunaan. Disini aka ditunjukan cara cara membuat sendiri EM.
EM1 mengandungi :-
1.    Primary lactic acid bacteria(lactic acid produced in metabolism).
2.    Yeast.
3.    Photosynthetic bacteria.
Semua bacteria ini berada dalam nisbah yang ideal.
EM2 mengandungi lebih micro-organisms daripada EM1. Terdapat lebih daripada 10 jenis yang terdiri daripada 80 spesis. Micro-organisms ini ujud sebagai satu konsortium. Microbes yang ujud dalam EM2 adalah photosynthetic bacteria,fungi,yeasts atau molds dan sebagainya. EM2 dikultur dalam cecair dengan ph7 dan disampan pada ph 8.5. Populasi micro-organisms dalam cecair dianggarkan 1 billion cells/gram cecair.
EM2 mengandungi 90% bacteria photosynthesis dan bakinya adalah micro-organisms.EM3 dikultur dalam medium cecair dan disimpan pada ph 8.5. Populasi micro-organisms dalam cecair adalah 1 billion cells/gram cecair.
EM4 mengandungi 90% lactobacisslus spp. Dan micro-organisms yang mengasilkan lebih lactic acid. EM4 dikultur dalam medium cecair dengan kandungan ph 4.5. Populasi micro-organisms adalah sama saperti diatas. 1 billion cells/gram cecair.
Perbezaan diantar EM1, EM2, EM3 & EM4 kandungan micro-organisms dalamnya. Jenis yang terbanyak diguna di Asia bagi memajukan pertanian dan perikanan adalah EM4.
Bahan bahan yang diguna untuk mengkulturkan EM adalah :-
·         Sayuran yang dibuang, kekacang.
·         Kulit buahan saperti papaya, pisang, rambutan dsbnya.
·         Dedak padi.
·         Gula merah.
·         Air basuhan beras.
Cara cara
·         Masukan sayuran, kulit buahan dan dedak kedalam satu bekas(tong). Gaul supaya bercampur dan tutup rapat. Tutup rapat dan biar ia mereput selama seminggu. Bila ditutup pada awalnya bacteria jenis aerobic akan hidup dan memakan sisa sisa tadi dan mengeluarkan bau yang agak busuk. Akibat ditutup rapat bacteria aerobic akan kehabisan bekalan oxygen dan akan mati. Peranan seterusnya akan dimaikan oleh bacteria anerobic yang mampu hidup tanpa oxygen.
·         Lepas 1 minggu tapiskan bahan pepejal yang tinggal dan cecair kekuningan yang di dapati itu adalah EM1.
·         Cecair EM1 dicapur semula dengan sayuran, dan kulit buahan yang lain dan ditutp rapat sekali lagi.Selepas 1 minggu tapis untuk dapatkan cecairnya. Itu adalah EM2.
·         Cecair EM2 dicapur pula dengan dedak, air basuhan beras dan gula merah.
Nisbah campuran adalah saperti berikut
1 litre EM2 : 1 kilo gula merah : 10 litre air
·         Tutup rapat dan biarkan selama 1 minggu. Hasilnya adalah EM3
·         EM3 dibiarkan lagi selama 1 minggu lagi tanpa membuat apa dan hasilnya adalah EM4

38 comments:

  1. brapa lma em4 ni dapat bertahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simpan di tempat sejuk boleh tahan bertahun tahun.. Simpan suhu bilik boleh tahan juga..

      Delete
  2. dedak padi boleh dapat kat mana?

    ReplyDelete
  3. macam mana cara penggunaan EM ni ke atas baja organik untuk bantu proses penguaraian?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bancuh dan spray pada bahan organik. Simpan di tempat berbumbung dgn pengudaraan.

      Delete
  4. dari info page http://arianto0062.blogspot.com/2014/05/cara-membuat-effective-microorganism-em.html, EM-4 boleh bertahan sehingga 6 bulan. TQ

    ReplyDelete
  5. Bukan ke ade campur dengan yis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yis wujud secara semula jadi.. Bukan di campur yis roti.

      Delete
  6. Bukan ke ade campur dengan yis?

    ReplyDelete
  7. Kalau nak rawat air sisa nak pakai EM mana satu ek ?

    ReplyDelete
  8. Kalau nak rawat air sisa nak pakai EM mana satu ek ?

    ReplyDelete
  9. kalo bikin EM5 gimna caranya? trims

    ReplyDelete
  10. EM5 juga disebut insect repellent. bahan aktif selalu yg digunakan seperti halia, bawang,serai Wangi dll. jadi untuk membuat EM5 kita boleh gunakan 1 bahan aktif dgn 10 EM4 (1:10).

    ReplyDelete
  11. Yis tak perlu dicampurkan kerana sewaktu Proses EM1 berlaku Yis dibentuk semulajadi.

    ReplyDelete
  12. untuk merawat air kita guna EM4

    ReplyDelete
  13. salam bos. bolh tanya ada perbezaan ke dalam penghasilan em yang digunakan pada haiwan ternakan dan tanam tanaman

    ReplyDelete
  14. Untk haiwan ternakan perlu d gunapaki EM brp

    ReplyDelete
  15. Untuk ikan cam mane ,?
    Oya,, boleh tak em4 tak pakai dedak?

    ReplyDelete
  16. boleh tak em diguna untuk merawat sabut kelapa

    ReplyDelete
  17. boleh tak em diguna untuk merawat sabut kelapa

    ReplyDelete
  18. Saya nak beli Em4 boleh dpt di mana?

    ReplyDelete
  19. ada kekurangan di proses em3..jumlah dedak adakah sama dengan jumlah gula merah? lg stu dedak ada byk jenis..dedak ayam atau dedak beras?

    ReplyDelete
  20. Klu kita buat baja organik spt najis kambing perluka kita campur dgn hampas soya dan kapur pertanian lgi dan berapaka sukatan baja organik yg da proses tu utk 1 pokok kelapa sawit

    ReplyDelete
  21. Salam Tuan, Dedak padi itu adakah Sekam padi mentah(kulit Padi) selepas di mesin?

    ReplyDelete
  22. Saya ada perap bangkai ikan laut selama 6 bulan dan bertukar merah dan bau seperti belacan. Bolehkah ia diubahsuai atau digunakan lagi?

    ReplyDelete
  23. Terbaik penjelasannya. Macam duduk dalam kelas subjek pertanian. :) Terbaik dan terima kasih.

    ReplyDelete
  24. em1 ke em2 perlu tutup rapat tanpa oksigen jugak ka atau kena buka 3 hari sekali

    ReplyDelete
  25. assalam. cecair EM4 terus siram pada tanaman ke? mohon pencerahan

    ReplyDelete
  26. Saya nak proses sekam untuk tanaman guna em,berapa lama ptoses fermentasi nye ye

    ReplyDelete
  27. Salam tuan, kalau nak pakai utk ternakan ayam, camne yeah

    ReplyDelete
  28. Boleh ka em1 terus diberikan kepada ternakan?

    ReplyDelete
  29. Utk mbuat EM1 kesemua bahan2 tu kena gaul bersama air ke atau tanpa air?

    ReplyDelete