Friday 6 July 2012

Bertani cara organik

Banyak gesaan telah di buat oleh kerajaan dan badan badan bukan kerajaan supaya mengamalkan pertanian cara organik kerana banyak faedah dapat diperolehi dengan cara tersebut. Tetapi bagaimana????

Sekiranya hendak bertani cara organik dan meraih hasil yang tinggii penguunaan microorganism mesti dimanfaatkan. Pengeluaran hasil pertanian bermula dari proses photosintesis oleh tumbuhan, yang memerlukan tenaga solar, air dan carbon dioxida yang boleh didapati dengan percuma..Oleh itu pengeluaran hasil  pertanian boleh dikatakan sebagai pengeluaran sesuatu bermula daripada tidak ada apa apa.

Bila dipandang dari sudut ekonomi ia amat mudah, tetapi tahap kecekapan amalan pertanian pada hari ini amat lemah, kerana tahap pengunaan tenaga solar oleh tumbuhan amat rendah. Kajian menunjukan bahawa potensi pengunaan tenaga solar oleh tumbuhan adalah 10% hingga 20% tetapi tahap sebenar tidak sampai 1%.

2 comments:

  1. Saya sedang belajar cara pertanian organik terutamanya memanfaatkan EM dalam pertanian. Maklumat yang diberikan dalam halaman ini banyak membantu saya. Terimakasih.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas blongger ini kerana memaparkan Maklumat menganai EM dalam Pertanian sungguh berguna dan bermanafaat seperti saya yang meminati dalam pertanian..

    ReplyDelete