Tuesday 31 July 2012

Cecair perahan bio untuk tanaman, ternakan dan rawatan air.


Bagaimana membuat perahan cecair bio untuk pertumbuhan tanaman yang mampu menghalang penyakit dan untuk membersihkan air.

Dengan cara memotong sayuran, buahan, batang pisang dsbnya.
·        Proses ini adalah untuk mengumpul effective micro-organism.
·        Potong halus bahan bahan tersebut sebanyak 3 kilo.



·        Ambil 1 kilo gula merah atau molasses


·        Capurkan 3 kilo bahan yang telah dipotong tadi dengan 1 kilo gula merah dalam satu bekas.

·        Peram campuran tadi dalam tong dan tutup rapat selama 2 minggu.



·        Lepas 2 minggu keluarkan dan tapis untuk ambil cecairnya.
·        Isikan dalam tong pelastik, tutup rapat dan simpan di tempat teduh.

Menggandakan perahan  cecair bio dan mengkulturkan effective micro-organisms.

·        Campur hingga rata.
1.     1 litre perahan cecair bio
2.     1 kilo gula merah.
3.     10 litre air.

·        Peram campuran tadi dalam tong selama 2 minggu.
·        Selepas 2 minggu masukan dalam tong dan tutup rapat.
·        Simpan dalam bilik atau tempat teduh.

Kegunaan perahan cecair bio.

·        Mereputkan bangkai, tanaman mati, telur nyamuk, kulat dsbnya.
·        Membersihkan air kotor dan busuk.
·        Jika dicampurkan 1 sudu besar cecair bio dengan 8 litre air ia boleh menyuburkan tanaman dan menyihatkan ternakan.
·        Tidak merbahaya kepada manusia.

·        Untuk rawatan air

o   1 Litre perahan cecair bio boleh merawat 10m persegi air.

1 comment:

  1. Seronok membaca dan melihat hasil yang abang buat. Saya secara peribadi pun berminat dengan pertanian organik ini. Harap abang akan teruskan menulis post-post yang menarik sebegini pada masa akan datang.

    ReplyDelete